Tuesday, February 1, 2011

Kewartawanan Dalam Islam....


·         Kewartawanan ialah apa sahaja yang berkaitan dengan bidang tugas wartawan dan segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah.
·         Melibatkan bidang komunikasi penyiaran, televisyen, radio dan apa sahaja yang bersifat memberi maklumat.
·         Dalam perspektif umum wartawan di bahagikan kepada tiga golongan iaitu wartawan islam,wartawan bukan islam dan wartawan islam-bukan islam.
·         Wartawan islam ialah wartawan bebas. Akidah tauhid yang mantap dalam jiwa membebaskan mereka dari belenggu perhambaan sesama manusia dan makhluk lain.
·         Wartawan islam bertugas demi mencari keredhaan illahi. Wartawan islam itu mestilah melaksanakan tanggungjawab agama di samping tangungjawab sosial.
·         Wartawan islam yang sejati ialah mereka yang bertugas atas niat kerana allah dan melaksanakan tugas mengikut landasan dan ketetapan islam bagi menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. 


Etika Komunikasi Islam....


Lima saranan dalam al- Qur’an berkaitan dengan etika komunikasi islam :

a)    Qaulan sadida ( al- Nisa’: 9)
·         Informasi haruslah disampaikan dengan jujur dan benar tanpa dibuat-buat, tidak menambah atau mengurangi isi berita.

b)    Qaulan ma’rufa (al- Nisa’: 5)
·         Menyeru kepada kebenaran dan kebaikan.

c)     Qaulan baligha (al- Nisa’: 63)
·         Informasi hendaklah berupa kata-kata yang mampu membekas pada jiwa seseorang.

d)    Qaulan maisura (al- Isra’: 28 )
·         Infomasi yang disampaikan hendaklah merupakan ucapan yang layak dan baik untuk dibicarakan.

e)     Qaulan karima (al- Isra’: 23)
·         Infomasi haruslah berupa perkataan-perkataan yang mulia. Termasuklah menjauhkan diri daripada mengumpat, mengeji, membuat fitnah, mengadu domba, bongkak, sombong dan takbur.




Monday, January 31, 2011

Cabaran yang dihadapi oleh komunikator islam..


·         Kegagalan dalam penyampaian mesej :
-          Cara penyampaian mesej yang kabur
-          Mesej disampaikan dengan menggunakan perkataan yang sukar difahami
-          Bahasa yang digunakan tidak jelas



·         Kegagal dalam memahami mesej :
-          Mesej yang diterima tergantung atau tidak jelas.
-          Penerima mesej lemah di dalam bahasa-bahasa tertentu .
-          Berlaku perubahan kepada mesej asal yang disampaikan.

metode dalam mencegah kemungkaran...


Beberapa methode telah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W berdasarkan garis panduan yang dibekalkan oleh Allah SWT sebagaimana dimukilkan dalam Al-Qur’an.

                                  *          Metode hikmah

-          Kamus Lisan al- ‘Arab’ : seorang yang faham dengan cara melakukan sesuatu dan mempunyai kepakaran serta kemahiran.
-          Abu A’ala al-Maududi : sesuatu yg btul diletakkan dalam keadaan yang sesuai mengikut masa dan tempat.
-          Kebijaksanaan atau ‘wisdom’.

Konsep Hikmah dapat dilihat dalam beberapa aspek berikut:
a.      Hikmah dalam erti kemampuan memilih waktu untuk berbicara dalam komunikasi.
b.      Hikmah menguasai pemikiran dan jiwa masyarakat.
c.       Hikmah dalam berkomunikasi atau kemahiran berkomunikasi.

                                  *          Nasihat Yang Baik..

-          Bererti  memberi peringatan, amaran, khabar gembira, janji, dan ancaman.
-          Nasihat yang patut disampaikan oleh komunikator terbahagi kepada dua. Pertama, mengajar (ta’lim) dan kedua mendidik (tarbiyah).

                                  *          Bermujahadalah (berdebat) dengan cara yang baik.

-          Para komunikator mesti berbincang dengan cara yang baik terutama ketika berhadapan dengan orang-orang yang memerlukan dalil dan bukti yang membuatkan mereka cinta kepada kebaikkan dan kebenaran.  

PERANAN MEDIA ISLAM DALAM PENYEBARAN MAKLUMAT ISLAM…


Peranan media infomasi islam ditumpukan kepada lima aspek terpenting iaitu:

1.      Menyebarkan peranan islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
2.      Mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
3.      Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
4.      Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka di samping mengukuhkan sasaran dan perspektif islam.
5.      Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.