Monday, January 31, 2011

Cabaran yang dihadapi oleh komunikator islam..


·         Kegagalan dalam penyampaian mesej :
-          Cara penyampaian mesej yang kabur
-          Mesej disampaikan dengan menggunakan perkataan yang sukar difahami
-          Bahasa yang digunakan tidak jelas



·         Kegagal dalam memahami mesej :
-          Mesej yang diterima tergantung atau tidak jelas.
-          Penerima mesej lemah di dalam bahasa-bahasa tertentu .
-          Berlaku perubahan kepada mesej asal yang disampaikan.

metode dalam mencegah kemungkaran...


Beberapa methode telah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W berdasarkan garis panduan yang dibekalkan oleh Allah SWT sebagaimana dimukilkan dalam Al-Qur’an.

                                  *          Metode hikmah

-          Kamus Lisan al- ‘Arab’ : seorang yang faham dengan cara melakukan sesuatu dan mempunyai kepakaran serta kemahiran.
-          Abu A’ala al-Maududi : sesuatu yg btul diletakkan dalam keadaan yang sesuai mengikut masa dan tempat.
-          Kebijaksanaan atau ‘wisdom’.

Konsep Hikmah dapat dilihat dalam beberapa aspek berikut:
a.      Hikmah dalam erti kemampuan memilih waktu untuk berbicara dalam komunikasi.
b.      Hikmah menguasai pemikiran dan jiwa masyarakat.
c.       Hikmah dalam berkomunikasi atau kemahiran berkomunikasi.

                                  *          Nasihat Yang Baik..

-          Bererti  memberi peringatan, amaran, khabar gembira, janji, dan ancaman.
-          Nasihat yang patut disampaikan oleh komunikator terbahagi kepada dua. Pertama, mengajar (ta’lim) dan kedua mendidik (tarbiyah).

                                  *          Bermujahadalah (berdebat) dengan cara yang baik.

-          Para komunikator mesti berbincang dengan cara yang baik terutama ketika berhadapan dengan orang-orang yang memerlukan dalil dan bukti yang membuatkan mereka cinta kepada kebaikkan dan kebenaran.  

PERANAN MEDIA ISLAM DALAM PENYEBARAN MAKLUMAT ISLAM…


Peranan media infomasi islam ditumpukan kepada lima aspek terpenting iaitu:

1.      Menyebarkan peranan islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
2.      Mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
3.      Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan.
4.      Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka di samping mengukuhkan sasaran dan perspektif islam.
5.      Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.

Jenis media komunikasi islam..

          *          Al-Quran
Memiliki banyak fungsi antaranya sebagai infomasi, mendidik, memberi petunjuk dan sebagainya

          *          Jemaah atau organisasi
Sebagai media meliputi organisasi formal dan informal yang wujud dalam masyarakat islam.

          *          Lisan
Media yang paling banyak digunakan dan sangat berkesan dalam menyampaikan pelbagai mesej seperti pidato, kuliah, diskusi dan sebagainya.

          *          Tulisan.
Media yang digunakan secara meluas dan diguna pakai dalam berbagai lapisan masyarakat dan dalam berbagai bidang kehidupan. Contonya seperti majalah, poster,
Buku dan sebagainya.

          *          Lukisan atau gambar.
Komunikasi tertua dalam sejarah kehidupan manusia dan masih berkesan dan penggunaannya tetap meluas.Contohnya seperti ukiran gambar, peta, grafik dan lain-lain.

          *          Perbuatan dan bahasa badan termasuk isyarat.
Penyampaian mesej dalam memperlihatkan perbuatan atau tingkahlaku yang mengandungi makna. Contohnya kaedah isyarat kepada orang bisu dan pekak.

          *          Audio – Visual
Komunikasi yang paling berkesan kerana merangsang deria pendengaran dan penglihatan secara serentak dan lebih menarik. Contohnya filem, drama, teater da sebagainya.

halangan komunikasi islam.....


1.   Mengutuk orang.
2.   Memperkecil-kecilkan orang.
3.   Membocorkan rahsia orang.
4.   Mengumpat orang.
5.   Memuji berlebihan.
6.   Bertengkar.
7.   Bercakap kotor,dan lain-lain lagi.



Prinsip Komunikasi Islam...

v Benar
v Bercakap dengan lemah lembut.
v Menggunakan perkataan yang baik-baik.
v Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik.
v Menyebut perkara yang penting berulang-ulang kali.
v Mengotakan apa yang dikatakan.
v Menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan tahap kecerdasan akal pandangan.
v Berbahas dengan cara yang lebih baik.

Sunday, January 30, 2011

Bentuk Komunikasi Islam...


Ø  Komunikasi dengan Allah..
·         Komunikasi yang paling tinggi darjat dan yang paling mulia dalam amalan manusia.
·         Dilakukan dalam bentuk vertikal dan secara terus menerus.

Ø  Komunikasi dengan sesama manusia.
·         Berlaku dalam bentuk yang luas mencakupi pelbagai aktiviti dalam kehidupan.
·         Dilakukan dengan cara individu dengan individu,individu dengan kumpulan dan komunikasi antara kumpulan.

Ø  Komunikasi dengan diri sendiri.
·         Dilakukan melalui bercakap-cakap dengan diri sendiri .
·         Berlaku melalui proses berfikir, menghisab diri, atau muhasabah diri.

Ø  Komunikasi manusia dengan alam sekitar.
·         Dilakukan oleh umat islam sesuai dengan fungsi manusia menurut islam sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi.
·         Komunikasi dengan alam sekitar adalah untuk kepentingan bersama iaitu untuk memenuhi keperluan manusia dan untuk menjaga kelestarian alam.


Sumber Rujukan Komunikasi Islam...


·         Al-Quran sebagai ajaran komunikasi.
·         As- Sunnah sebagai Amali atau praktikal atau model operasi.
·         Ulamak-ulamak merupakan penerus pengembangan model komunikasi Rasulullah S.AW dan Al-Quran dari masa ke semasa melalui proses ijtihad dan prinsip dalil qat’i.