Saturday, January 29, 2011

Matlamat komunikasi islam….


          *          Memberitahu
Mamaklumkan atau menghebahkan kepada umat manusia tentang islam adalah agama yang membawa rahmat kepada dunia.

          *          Menerangkan
Memberi penjelasan tentang ajaran-ajaran agama secara terperinci mengenai ajaran-ajaran al-quran dan as-sunnah supaya mudah difahami dan dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

          *          Memberi kefahaman.
Memperjelaskan tentang ajaran islam agar ianya boleh difahami oleh umat islam.

          *          Memberi ilmu.
Komunikasi islam diperlukan untuk menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang terkandung dalam ajaran islam. Contohnya seperti ilmu-ilmu wahyu atau ilmu naqli dan juga ilmu2 aqli.

          *          Memberi petunjuk
Memberi panduan atau mengarahkan jalan kehidupan yang banar dan yang diredhai Allah S.W.T. 

          *          Menyeru kepada kebajikan.
Penting untuk mengajak dan mengimbau manusia untuk melakukan perkara-perkara yang berbentuk kebajikan dalam kehidupan. Bagi melakasanakan tanggungjawab kebajikan tersebut diperlukan kesedaran,harta benda, pengetahuan yabg berteraskan agama dan pengurusan yang baik.

          *          Menguruskan pemerintahan dan pentadbiran.
Kepentingan komunikasi yang berkesan khususnya secara islam dalam melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran adalah untuk menimbulkan hubungan yang harmoni di kalangan berbagai pihak dan menimbulkan sikap kepuasan bekerja di kalangan kakitangan.

          *          Memberi hikmah.
Hikmah bermaksud suatu kebijaksanaan atau suatu kebenaran. Bagi melaksanakan sesuatu kebijaksanaan dalam sesuatu perkara memerlukan suatu bentuk komunikasi yang baik dan berterusan.

          *          Menyampaikan khabar gembira dan memberi peringatan.
Khabar gembira bermaksud berita-berita dari al-quran dan as-sunnah tentang balasan syurga, pakala yang berlipat ganda,kelebihan mati syahid dan sebagainya.
Memberi peringatan ialah perkara-perkara yang berbentuk amaran dari Allah S.W.T terhadap umatnya yang lalai atau melaggar ajaran-ajaran agama.

No comments:

Post a Comment