Tuesday, February 1, 2011

Kewartawanan Dalam Islam....


·         Kewartawanan ialah apa sahaja yang berkaitan dengan bidang tugas wartawan dan segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah.
·         Melibatkan bidang komunikasi penyiaran, televisyen, radio dan apa sahaja yang bersifat memberi maklumat.
·         Dalam perspektif umum wartawan di bahagikan kepada tiga golongan iaitu wartawan islam,wartawan bukan islam dan wartawan islam-bukan islam.
·         Wartawan islam ialah wartawan bebas. Akidah tauhid yang mantap dalam jiwa membebaskan mereka dari belenggu perhambaan sesama manusia dan makhluk lain.
·         Wartawan islam bertugas demi mencari keredhaan illahi. Wartawan islam itu mestilah melaksanakan tanggungjawab agama di samping tangungjawab sosial.
·         Wartawan islam yang sejati ialah mereka yang bertugas atas niat kerana allah dan melaksanakan tugas mengikut landasan dan ketetapan islam bagi menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. 


Etika Komunikasi Islam....


Lima saranan dalam al- Qur’an berkaitan dengan etika komunikasi islam :

a)    Qaulan sadida ( al- Nisa’: 9)
·         Informasi haruslah disampaikan dengan jujur dan benar tanpa dibuat-buat, tidak menambah atau mengurangi isi berita.

b)    Qaulan ma’rufa (al- Nisa’: 5)
·         Menyeru kepada kebenaran dan kebaikan.

c)     Qaulan baligha (al- Nisa’: 63)
·         Informasi hendaklah berupa kata-kata yang mampu membekas pada jiwa seseorang.

d)    Qaulan maisura (al- Isra’: 28 )
·         Infomasi yang disampaikan hendaklah merupakan ucapan yang layak dan baik untuk dibicarakan.

e)     Qaulan karima (al- Isra’: 23)
·         Infomasi haruslah berupa perkataan-perkataan yang mulia. Termasuklah menjauhkan diri daripada mengumpat, mengeji, membuat fitnah, mengadu domba, bongkak, sombong dan takbur.