Monday, January 31, 2011

Jenis media komunikasi islam..

          *          Al-Quran
Memiliki banyak fungsi antaranya sebagai infomasi, mendidik, memberi petunjuk dan sebagainya

          *          Jemaah atau organisasi
Sebagai media meliputi organisasi formal dan informal yang wujud dalam masyarakat islam.

          *          Lisan
Media yang paling banyak digunakan dan sangat berkesan dalam menyampaikan pelbagai mesej seperti pidato, kuliah, diskusi dan sebagainya.

          *          Tulisan.
Media yang digunakan secara meluas dan diguna pakai dalam berbagai lapisan masyarakat dan dalam berbagai bidang kehidupan. Contonya seperti majalah, poster,
Buku dan sebagainya.

          *          Lukisan atau gambar.
Komunikasi tertua dalam sejarah kehidupan manusia dan masih berkesan dan penggunaannya tetap meluas.Contohnya seperti ukiran gambar, peta, grafik dan lain-lain.

          *          Perbuatan dan bahasa badan termasuk isyarat.
Penyampaian mesej dalam memperlihatkan perbuatan atau tingkahlaku yang mengandungi makna. Contohnya kaedah isyarat kepada orang bisu dan pekak.

          *          Audio – Visual
Komunikasi yang paling berkesan kerana merangsang deria pendengaran dan penglihatan secara serentak dan lebih menarik. Contohnya filem, drama, teater da sebagainya.

halangan komunikasi islam.....


1.   Mengutuk orang.
2.   Memperkecil-kecilkan orang.
3.   Membocorkan rahsia orang.
4.   Mengumpat orang.
5.   Memuji berlebihan.
6.   Bertengkar.
7.   Bercakap kotor,dan lain-lain lagi.



Prinsip Komunikasi Islam...

v Benar
v Bercakap dengan lemah lembut.
v Menggunakan perkataan yang baik-baik.
v Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik.
v Menyebut perkara yang penting berulang-ulang kali.
v Mengotakan apa yang dikatakan.
v Menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan tahap kecerdasan akal pandangan.
v Berbahas dengan cara yang lebih baik.

Sunday, January 30, 2011

Bentuk Komunikasi Islam...


Ø  Komunikasi dengan Allah..
·         Komunikasi yang paling tinggi darjat dan yang paling mulia dalam amalan manusia.
·         Dilakukan dalam bentuk vertikal dan secara terus menerus.

Ø  Komunikasi dengan sesama manusia.
·         Berlaku dalam bentuk yang luas mencakupi pelbagai aktiviti dalam kehidupan.
·         Dilakukan dengan cara individu dengan individu,individu dengan kumpulan dan komunikasi antara kumpulan.

Ø  Komunikasi dengan diri sendiri.
·         Dilakukan melalui bercakap-cakap dengan diri sendiri .
·         Berlaku melalui proses berfikir, menghisab diri, atau muhasabah diri.

Ø  Komunikasi manusia dengan alam sekitar.
·         Dilakukan oleh umat islam sesuai dengan fungsi manusia menurut islam sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi.
·         Komunikasi dengan alam sekitar adalah untuk kepentingan bersama iaitu untuk memenuhi keperluan manusia dan untuk menjaga kelestarian alam.


Sumber Rujukan Komunikasi Islam...


·         Al-Quran sebagai ajaran komunikasi.
·         As- Sunnah sebagai Amali atau praktikal atau model operasi.
·         Ulamak-ulamak merupakan penerus pengembangan model komunikasi Rasulullah S.AW dan Al-Quran dari masa ke semasa melalui proses ijtihad dan prinsip dalil qat’i.

Saturday, January 29, 2011

Matlamat komunikasi islam….


          *          Memberitahu
Mamaklumkan atau menghebahkan kepada umat manusia tentang islam adalah agama yang membawa rahmat kepada dunia.

          *          Menerangkan
Memberi penjelasan tentang ajaran-ajaran agama secara terperinci mengenai ajaran-ajaran al-quran dan as-sunnah supaya mudah difahami dan dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

          *          Memberi kefahaman.
Memperjelaskan tentang ajaran islam agar ianya boleh difahami oleh umat islam.

          *          Memberi ilmu.
Komunikasi islam diperlukan untuk menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang terkandung dalam ajaran islam. Contohnya seperti ilmu-ilmu wahyu atau ilmu naqli dan juga ilmu2 aqli.

          *          Memberi petunjuk
Memberi panduan atau mengarahkan jalan kehidupan yang banar dan yang diredhai Allah S.W.T. 

          *          Menyeru kepada kebajikan.
Penting untuk mengajak dan mengimbau manusia untuk melakukan perkara-perkara yang berbentuk kebajikan dalam kehidupan. Bagi melakasanakan tanggungjawab kebajikan tersebut diperlukan kesedaran,harta benda, pengetahuan yabg berteraskan agama dan pengurusan yang baik.

          *          Menguruskan pemerintahan dan pentadbiran.
Kepentingan komunikasi yang berkesan khususnya secara islam dalam melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran adalah untuk menimbulkan hubungan yang harmoni di kalangan berbagai pihak dan menimbulkan sikap kepuasan bekerja di kalangan kakitangan.

          *          Memberi hikmah.
Hikmah bermaksud suatu kebijaksanaan atau suatu kebenaran. Bagi melaksanakan sesuatu kebijaksanaan dalam sesuatu perkara memerlukan suatu bentuk komunikasi yang baik dan berterusan.

          *          Menyampaikan khabar gembira dan memberi peringatan.
Khabar gembira bermaksud berita-berita dari al-quran dan as-sunnah tentang balasan syurga, pakala yang berlipat ganda,kelebihan mati syahid dan sebagainya.
Memberi peringatan ialah perkara-perkara yang berbentuk amaran dari Allah S.W.T terhadap umatnya yang lalai atau melaggar ajaran-ajaran agama.

Pengertian komunikasi islam…

  • Pengertian komunikasi menurut islam ialah proses dalam menyampaikan utusan kepada seseorang atau masyarakat untuk dijadikan milik bersama tentang maklumat, pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan berlandaskan syariat islam..
  • Komunikasi islam merupakan komunikasi yang berasaskan bimbingan wahyu dan sunnah Rasulullah S.A.W atau dengan kata lain al-quran sebagai ajaran komunikasi, As-sunnah sebagai amali atau praktikal atau model operasi dan ulamak-ulamak merupakan penerus pengembangan model komunikasi Rasulullah S.A.W dan Al-quran dari masa ke semasa melalui proses ijtihad dan prinsip dalil qat’i..