Monday, January 31, 2011

Jenis media komunikasi islam..

          *          Al-Quran
Memiliki banyak fungsi antaranya sebagai infomasi, mendidik, memberi petunjuk dan sebagainya

          *          Jemaah atau organisasi
Sebagai media meliputi organisasi formal dan informal yang wujud dalam masyarakat islam.

          *          Lisan
Media yang paling banyak digunakan dan sangat berkesan dalam menyampaikan pelbagai mesej seperti pidato, kuliah, diskusi dan sebagainya.

          *          Tulisan.
Media yang digunakan secara meluas dan diguna pakai dalam berbagai lapisan masyarakat dan dalam berbagai bidang kehidupan. Contonya seperti majalah, poster,
Buku dan sebagainya.

          *          Lukisan atau gambar.
Komunikasi tertua dalam sejarah kehidupan manusia dan masih berkesan dan penggunaannya tetap meluas.Contohnya seperti ukiran gambar, peta, grafik dan lain-lain.

          *          Perbuatan dan bahasa badan termasuk isyarat.
Penyampaian mesej dalam memperlihatkan perbuatan atau tingkahlaku yang mengandungi makna. Contohnya kaedah isyarat kepada orang bisu dan pekak.

          *          Audio – Visual
Komunikasi yang paling berkesan kerana merangsang deria pendengaran dan penglihatan secara serentak dan lebih menarik. Contohnya filem, drama, teater da sebagainya.

No comments:

Post a Comment